Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap
Thursday, June 7, 2018
Sedut pasir haram Penduduk diminta tidak gelap mata
ALOR SETAR 24 Nov. - Penduduk Kampung Jawa di Sungai Petani dinasihatkan supaya tidak gelap mata hanya kerana mendapat habuan RM200 sebulan sehingga sanggup membiarkan aktiviti menyedut pasir haram berlaku di kawasan penempatan mereka sejak awal Oktober lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membendung kegiatan haram tersebut yang boleh menjejaskan ekosistem di kawasan tersebut.
“Saya juga harap pihak jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK) dapat mengambil perhatian perkara ini (aktiviti sedut pasir haram) kerana kos (kesan) yang ditanggung adalah lebih besar. Oleh itu, JKKK perlu laporkan jika ada aktiviti haram di kawasan mereka,” katanya dalam Program Sentuhan Kasih Bersama Anak Yatim dan Pelajar Miskin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aktiviti menyedut pasir haram di Kampung Jawa, Sungai Petani yang mendatangkan rasa tidak selesa penduduk selain kerosakkan kediaman.
Dalam program tersebut, seramai 80 pelajar SMK Padang Terap termasuk dua orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan pakaian sekolah sumbangan Lembaga Zakat Kedah, Badrul Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang dan orang ramai.
BADRUL HISHAM HASHIM (kiri) memilih baju seragam sekolah dalam Program Sentuhan Kasih Bersama Anak Yatim dan Pelajar Miskin SMK Padang Terap di Alor Setar, Kedah, semalam. Utusan/Ismail Kamadin
Akhbar melaporkan beberapa keluarga yang tinggal di Kampung Jawa memohon ihsan pihak berkuasa bagi memantau ativiti menyedut pasir yang terletak hanya 150 meter dari rumah mereka sehingga mendatangkan rasa tidak selesa selain kerosakan terhadap kediaman yang dihuni sejak berpuluh tahun lalu.
Mengulas lanjut, Badrul Hisham memberitahu, pihaknya akan meminta pejabat tanah daerah di seluruh negeri untuk menggunakan dron bagi memantau aktiviti pencerobohan membabitkan aktiviti menyedut pasir haram.
“Pada mesyuarat Exco baru-baru ini, kita bersetuju meminta pejabat tanah daerah untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan bagi mengekang aktiviti pencerobohan (sedut pasir) ini.
“Kita mencadangkan mereka (penguat kuasa pejabat tanah daerah) menggunakan dron bagi melakukan pemantauan bagi mengesan aktiviti haram tersebut. Pada masa sama, kita juga telah menaikkan kadar deposit bagi memastikan aktiviti korek pasir (berlesen) tidak akan menjejaskan ekosistem kawasan yang dibenarkan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Badrul Hisham berkata, pihaknya memutuskan untuk menghentikan sementara aktiviti mengorek pasir di Kulim bagi membolehkan kerja membaik pulih kawasan tebing sungai terlibat.
“Jabatan Pengairan dan Saliran mendapat peruntukkan sebanyak RM140,000 untuk melakukan kerja membaik pulih tersebut dan dijangka operasi itu akan dihentikan selama dua bulan. Selepas itu, kita akan kaji semula sama ada mahu membenarkan dua operator tersebut meneruskan aktiviti korek pasir tersebut atau tidak,” katanya.
Piagam Pelanggan
1. Pentadbira dan Guru dan Kakitangan SMK Padang Terap akan sentiasa memepertingkatkan usaha dan iltizam ke arah:
- Memberi pelajarn yang terbaik kepada semua pelajar.
- Melayan pelajar dengan penuh mesra.
- Membimbing pelajar menjadi insan kamil.
- Memperlihat dan mempraktikan keunggulan diri untuk dicontohi oleh pelajar.
2. Membina iklim keceriaan untuk meningkatkan kecintaan terhadap sekolah.
3. Warga sekolah sentiasa memberi layanan terbaik kepada semua waris dan pelajar
Wednesday, January 21, 2015
Selamat Datang ke SMK Padang Terap
Selamat datang
Kepada semua yang mengunjungi blog SMK Padang Terap ini. Semoga mendapat maklumat yang berfaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah dan semua guru, kakitangan dan pelajar akan terus cemerlang di SMK Padang Terap.
Kepada semua yang mengunjungi blog SMK Padang Terap ini. Semoga mendapat maklumat yang berfaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di sekolah dan semua guru, kakitangan dan pelajar akan terus cemerlang di SMK Padang Terap.
Asal Usul
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap atau nama ringkasnya SMK Padang Terap, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap memiliki 310 pelajar lelaki dan 294 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 604 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009
Sejarah
Sejarah Sekolah Menengah Padang Terap (SMPT) bermula pada tahun 1985. Pada peringkat awal, SMPT menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang sehingga pertengahan tahun 1985. Waktu itu, hanya tiga kelas iaitu 1 kelas untuk tingkatan dua dan dua kelas untuk tingkatan satu. Pada pertengahan tahun 1985, sejarah baru bermula apabila semua pelajar dan guru memulakan persekolahan di bangunan SMPT yang terletak di Kampung Pong, Kuala Nerang, Kedah.
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap
- Km 11 Jalan Padang Sanai, Padang Terap
- 06300, Kuala Nerang
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6047860131
- Fax = 6047865716
Visi
- PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Misi
- Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negarra
Subscribe to:
Posts (Atom)